Klinik + Doktor + Ubat
Hari ini, aku tidak hadir ke pejabat kerana aku tidak sihat. Sebenarnya dari hari isnin lagi aku macam demam, tekak sakit dan selsema.. Entah aku pun tidak faham dengn kesihatan aku.. Jadi aku tidak tahan, hari ini aku pergi klinik tunggu klinik pula buka pukul 10.30pagi.. Biasa pukul 9.00 pagi dah buka hari ini katanya doktor sepatutnya "MC"... Doktor tu kena sakit mata da.... Kesian Doktor tu.. Pukul 11.00 pagi baru aku dapat jumpa doktor. Doktor tu tanya sakit apa? Aku jawab ler demam.. Dia pun check aku punya tekanan darah, nadi dan perut... Doktor cakap aku ada sintom orang pregnant .. So dia suruh aku pergi test air kencing.. Namun menghampakan ler... negatif.. Aku sedih juga bila doktor cakap macam tu sebab dah 8 tahun kahwin belum ada cahayamata.. Tapi Doktor tu cakap, dari segi fizikal macam pregnant.Doktor cakap mungkin test pregnant tak dapat kesan kot.. Bila doktor cakap macam tu, aku teringat lak kat kawan aku,yang mana dia buat test pregnant tapi negatif sedar-s...