Zaman nakal-nakal
Assalamualaikum wbht dan selamat petang.. Lama betul aku tidak membuat sebarang catatan dalam blog aku ni. Sebenarnya aku tidak ada masa untuk mencurahkan idea catatan dalam blog aku yang suam-suam kuku ni. Aku cuma nak cerita berkaitan dengan kehidupan kali ini. Pernah tidak, kamu semua jumpa dengan kawan-kawan zaman tadika ker, zaman sekolah ker, zaman universiti atau kolej,.Mustahil tidak pernah kan. Aku selalu rindukan zaman tersebut. Mungkin nakal-nakal sikit zaman tu.. Macam-macam pengalaman dan kisah hidup aku masa tuee.. heheheheiii... Kalau aku coretkan kat sini mahu berhari-hari tak habiskan. Aku ni, anak sulung.. masa kecil-kecil dulu cita-cita aku nak jadi polis. Mungkin sebab aku ni ganas dan rasa jiwa kental kot. Tue yang beria-ria nak jadi polis padahal sekarang bila besar dah jadi lain.. hahaha.. Aku paling yang aku ingat dalam bab adik-beradik, aku buat tangan adik aku dengan parang.. Bukan disengajakan mungkin masa nak belah kelapa tu, adik aku hulur tangan...