Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Geram Nyer..

Kisah ini, ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca blog saya. Mungkin saya pun ada kesalahannya, mungkin pihak sana pun ada juga kesilapannya.. Tapi saya tidak kisah sebab bagi saya kalau kita tidak cari pasal kenapa hendak sibuk dengan kehidupan dia.. Kisah ini berlaku kira-kira 2 tahun dulu.. Waktu kejadian itu, adik ipar saya akan berkahwin. sehingga kehari ini masih segar dengan apa yang berlaku sebenarnya.. Saya memang kesiankan keluarga mentua saya waktu itu.. Kenapa ada adik-beradik (mentua saya) yang ada tahap PHD yang dasyat dan menghasut orang yer... Entah mungkin manusia..Manusia kan tidak sempurna.. So no komen lah.. Hari perkahwinan adik ipar saya penuh dengan kesedihan.. Sampai ada yang pangkat ibu saudara tidak mahu balik... Saya tidak kisah.. Kenapa hendak cemburu kehidupan orang lain.. Sungguh tidak  faham... Ada ker patut waktu majlis tersebut, punya tidak mahu anak saudara lain tolong rela panggil pergi rumah dia menonton video dan tidak bagi tolong.. Apa pun...

Kenangan Terindah Di JANM Pahang..

Tiba-tiba sahaja, aku terasa amat rindu dengan jabatan lama aku iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang (JANM Pahang).. Biar aku catitkan pengalaman aku di sana untuk tatapan semua.. Pada 24.03.2004 aku telah pun melapor diri di JPA Putrajaya dan keesokkan harinya aku akan melapor diri pula di JANM Pahang pada masa itu di tingkat 10,Wisma Persekutuan Kuantan,Pahang.. Aku amat bersyukur kerana ditempatkan di daerah aku dilahirkan & dibesarkan.. Suami aku pun tidaklah pening kepala memikirkan aku kalau ditempatkan di Putrajaya... Pada 25.03.2004 aku pun melaporkan diri di JANM Pahang pada masa itu cc admin ialah Puan Siti Ragayah( Sekarang dah jadi EO).. Masa mula-mula datang, aku tengok jabatan ni macam sardin sbb padat (Kira-kira 60 orang staff).. bayangkan JANM Pahang hanya sebelah jer sebelah sana pulak SPRM.. Aku pun dibawa masuk berjumpa dengan Pengarah JANM Pahang (Dato Zamimi Awang), yang aku ingat pengarah pun baru jer ditukarkan kat situ pada 1.03.2004.. Lepa...