Kenangan Terindah Di JANM Pahang..

Tiba-tiba sahaja, aku terasa amat rindu dengan jabatan lama aku iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang (JANM Pahang).. Biar aku catitkan pengalaman aku di sana untuk tatapan semua..

Pada 24.03.2004 aku telah pun melapor diri di JPA Putrajaya dan keesokkan harinya aku akan melapor diri pula di JANM Pahang pada masa itu di tingkat 10,Wisma Persekutuan Kuantan,Pahang.. Aku amat bersyukur kerana ditempatkan di daerah aku dilahirkan & dibesarkan.. Suami aku pun tidaklah pening kepala memikirkan aku kalau ditempatkan di Putrajaya...

Pada 25.03.2004 aku pun melaporkan diri di JANM Pahang pada masa itu cc admin ialah Puan Siti Ragayah( Sekarang dah jadi EO).. Masa mula-mula datang, aku tengok jabatan ni macam sardin sbb padat (Kira-kira 60 orang staff).. bayangkan JANM Pahang hanya sebelah jer sebelah sana pulak SPRM.. Aku pun dibawa masuk berjumpa dengan Pengarah JANM Pahang (Dato Zamimi Awang), yang aku ingat pengarah pun baru jer ditukarkan kat situ pada 1.03.2004.. Lepas dah jumpa aku ditempatkan di Unit Semak sebenarnya.. Tapi masa itu tidak ada kerusi meja so aku duduk depan CC admin sementara.. Tiba2 ada seorang kakak ni tarik aku masuk Unit Bayaran tolong dia masukkan cek dalam sampul surat (Dulu  tak ada lagi EFT)... heheheiii. Sejak hari itu aku di tempatkan di Unit Bayaran masa tu CC aku Hajah Ramlah (Sekarang dah jadi EO). Masa kat Unit Bayaran kerja aku semak nama penerima, akaun & nama bank pada cek banding dengan baucer bayaran yang dah di keep in oleh OMPD.. Masa buat kerja ni macam-macam nama aku jumpa,, malah jumpa kawan-kawan masa sekolah & kolej pun ada... Lepas tu masa unit bayaran juga aku ditugaskan untuk membuat download nama & no cek untuk simpan dalam database (dalam Access) senang nak beza mana cek yang lebih RM10 ribu keatas untuk dihantar ke bank... hehehiiie kira kerja lebih sikit ler... Masa dalam bilik Bayaran dah banyak kali kena hempap baucer n jalan atas baucer... kalau ingat macam kelakar lak rasa nyer... Aku juga pernah ditugaskan mengikuti  handsolding e-SPKB.. Aku kena daerah Kuala Lipis & Raub.. Jadi aku tahu juga sebenarnya pasal e-SPKB.. ..

Lepas tu pada bulan Februari 2005 JANM pahang telah berpindah ker tingkat 1 dalam wisma yang sama.. Masa ni pejabat JANM Pahang memang comel  dan besar.. Best giler masa tu.. Bulan April 2005 aku telah ditukarkan ke Unit Akaun.. Masa kat unit akaun ni kerja mutlak aku adalah membuat penggantian EFT (Masa tu dah start bayar online).Jadi masa mula2 bayar online ni banayk lah masalahnya.. Ada yang silap akaun, bilangan no akaun tak cukup, nama bank salah, akaun tak aktif, blacklist ... Masa ini adalah pengalaman baru bagi aku sebab kerja mencabar.. Pagi kerja aku pergi print senarai data yang reject kat DTB bank, lepas tu tunggu resit batal dan semak permohonan dan panggilan telepon.. Masa ni macam-macam aku jumpa siap ada orang tu ugut kata anak dia nak kena hantar bosnia sbb duit tak dapat... Lepas dapat duit senyap pulak... Ada tu satu kes, yang amat aku ingat sampai sekarang ialah seorang kontraktor ni datang ke JANM Pahang dengan ALONG.. Yang aku ingat akak tu siap hanya pakai kain batik & tshirt jer dan along tunggu dia depan aku.. Takut Juga masa tu.. Lepas tu akak tu cakap kereta semua ALONG pegang.. Kesian pulak aku... So Pengarah aku cakap kalau kita boleh bantu kita bantu dan cuba selesaikan secepat yang boleh.... Bagi aku Pengarah memang best sebab banyak ajar aku cara dan pemikiran menyelesaikan masalah secara tidak langsung... terima kasih pengarah.. Masa kat unit Akaun juga aku belajar buat pemungut, buat penyesuaian Akaun Amanah, buat baucer, jurnal dan macam mana nak selesaikan masalah akaun... Terima kasih pada kawan-kawan ku di unit akaun dulu (kalau nak sebut nama takut ada yang tertinggal).. Kira lama juga aku ditempatkan di unit Akaun lebih kurang 3 tahun lebih... heheheiii seronok..

Lepas tu JANM Pahang mula ditambahkan kakitangan baru.. Pada bulan 1.10.2008 aku ditukarkan pula ke Unit Gaji.. Masa kat Unit Gaji ni bos aku adalah Puan Irmawati dan Tuan Haji Haswadi.. seronok kerja kat Unit Gaji ni.. Macam-macam kita tahu, macam mana nak potong Tabung Haji, Angkasa macam mana, Elaun memangku macam mana, kakitangan baru macam mana, nak potong LHDN cam ner.. Kira seronok ler tengok gaji orang ada yang banyak ada yang sikit..Kira adat ler.. Tapi pengalam aku yang aku tengok dari aku Unit Bayaran, Unit Akaun hingga ke Unit Gaji yang berkira kebanyakkan nya cikgu.. Kadang2 macam tak caya lak ayat dia sebegitu rupa... Tapi ada gak cikgu yang ok.. biasa ler MAnusia..

Lepas tu aku cuba untuk minta tukar tapi Pengarah tidak beri dengan alasan khidmat masih diperlukan.. Tak silap aku dua kali aku hantar surat tukar kena reject.... Last sekali sebab nak cari pengalaman baru, aku cuba cari tukar suka sama suka banyak yang tak nak datang JANM Pahang.. Aku pun tak tahu kenapa.. Akhirnya aku berjaya jumpa orang yang hendak tukar suka sama suka jadi aku hantar ler surat tukar aku tu... Alhamdulillah Pengarah beri... Terima kasih... Mungkin satu hari kita akan berjumpa lagi didalam satu pejabat ker.. kita tidak tahu akan datang... Jadi aku pun bertukar ler dari JANM Pahang bukannya nyer aku kena buang ok... heheheiii...  I miss that times..

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Sempurna

KELADI TIKUS - PENGUBAT KANSER

CHERATING