CHERATING

CHERATING??? Aku  selalu dengar kalau orang luar daripada Kuantan akan selalu bercuti disitu.. Memang aku tidak nafikan sebab bila cuti sekolah ker cuti umum ker atau cuti hujung minggu ker pasti ramai yang berkunjung kesini..
Aku selalu tertanya apa yang istimewanya Cherating ini? Sebab aku yang tinggal didalam daerah Kuantan pun jarang menjenguk atau berisytirehat disitu (Orang sendiri payah hendak melawat tempat sendiri heheheiiii).. Namun semua tu, berubah apabila keluarga mertuaku berpindah ke tempat berhampiran dengan Cherating iaitu Sungai Ular Kuantan, Pahang. 
Bermulalah episod dalam hidup kitaorang semua.. Apabila cuti hujung minggu suami telah ajak pergi ke Cherating. Rupa-rupanya macam-macam aktiviti ada dan yang best tu banyak jual cenderamata @ cenderahati sebagai kenang-kenangan... Aku lihat banyak chalet dan hotel ada disitu.. Macam-macam design chalet dan hotel. Tak lupa juga ada pusat untuk sewa papan luncur dan basikal..  Suasan disitu yang amat mententeramkan jiwa dan seolah-olah tak payah habis duit pergi bercuti ke luar negara...
Kat Cherating juga ada aktiviti menyusuri Sungai Cherating.. Sungai Cherating tu amat cantik dan boleh dikira belum tercemar lagi suasana nya.. Bagi sesiapa yang sukakan alam sekitar boleh menyewa bot untuk menyusuri Sungai Cherating... Lepas itu, kalau malam tak payah susah-susah pergi ke Kg kelip-kelip kat Selangor sebab dekat Sungai Cherating pun banyak kelip-kelip waktu malam... Cantik sangattt...Flora dan fauna di Sungai Cherating ini memang terpelihara....
So kalau saudara atau kekawan kami yang datang pasti aku akan mengajaknya ke Cherating.. Seronok rupanya.. 

 *Pandangan Sungai Cherating



*peta lokasi Cherating

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Sempurna

KELADI TIKUS - PENGUBAT KANSER