Anniversary in Government
Masa bagi aku sekarang makin singkat dan cepat. Manakan tidak macam baru sahaja jejak kaki Tahun 2012 sekarang dah masuk bulan Mac dan tinggal tidak sampai 10 hari lagi datanglah pulak bulan April 2012. Ermmm.. Aku baru sahaja selesai exam semester semalam... Merdeka sekejap rasanya. Rehat sebulan ler nampaknya hehehheheii.. Tapi kerja di pejabat masih tidak merdeka lagi. heheheiii... Tiba-tiba mata ini toleh ketepi, aku nampak kalendar, tidak ku sangka esok genaplah aku lapan (8) tahun bekerja dengan kerajaan.. Dalam tempoh tu, baru dua jabatan aku pergi.. Dua jabatan yang berbeza daripada segi tugas, peranan dan tanggungjawab.. Jabatan baru nie (PTJ) lebih mencabar dan banyak pengalaman yang dapat aku lalui.. Jabatan lama (AO) lebih kepada ilmu dan pengetahuan tapi dipejabat baru dari segi teknikal kita buat semua. Ini bermakna kita kena tahu semuanya dalam kewangan kalau sebelum nie kita hanya pandai berkata-kata sahaja zahirnya tidak buat. Maklum ...