Anniversary in Government
Masa bagi aku sekarang makin singkat dan cepat. Manakan tidak macam baru sahaja jejak kaki Tahun 2012 sekarang dah masuk bulan Mac dan tinggal tidak sampai 10 hari lagi datanglah pulak bulan April 2012. Ermmm.. Aku baru sahaja selesai exam semester semalam... Merdeka sekejap rasanya. Rehat sebulan ler nampaknya hehehheheii.. Tapi kerja di pejabat masih tidak merdeka lagi. heheheiii...
Tiba-tiba mata ini toleh ketepi, aku nampak kalendar, tidak ku sangka esok genaplah aku lapan (8) tahun bekerja dengan kerajaan.. Dalam tempoh tu, baru dua jabatan aku pergi.. Dua jabatan yang berbeza daripada segi tugas, peranan dan tanggungjawab.. Jabatan baru nie (PTJ) lebih mencabar dan banyak pengalaman yang dapat aku lalui.. Jabatan lama (AO) lebih kepada ilmu dan pengetahuan tapi dipejabat baru dari segi teknikal kita buat semua. Ini bermakna kita kena tahu semuanya dalam kewangan kalau sebelum nie kita hanya pandai berkata-kata sahaja zahirnya tidak buat. Maklum ler semak dan proses yang telah PTJ buat. Tapi sekarang bila kita yang duduk PTJ baru ler kita tahu....hehehehiiii
Bila aku imbas semula 8 tahun yang lepas, kiranya hari ini, sehari sebelum aku lapor diri di Putrajaya teringat pula kisah perjalanan hendak ke sana. Masih segar dalam ingatan, waktu tu, aku baru saja berkahwin tak sampai setahun lagi... So yang akan hantar aku adalah suamiku dan suamiku masa tu, tidak pernah pergi kesana almaklumlah dia hanya kakitangan awam negeri so kalau kursus ker, lapor diri ker hanya dalam negeri sahaja. Jadi bermulalah episod perjalanan.. Suami aku telahpun mengajak "best friend forever (bff)" dia temankan.. Almaklumler masa tu, tunang bff dia (aku dah kenal masa aku belum kahwin lagi) duduk di Putrajaya. Kerja kat Putrajaya and Bff tahu jalan kesana. So aku akan bermalam dirumah tunang bff suami aku dan suami aku akan bermalam di rumah abang bff dia kat Serdang. Hendak dijadikan cerita kereta aku telah mengalami kerosakan dimana suhu naik.. Dari 4 jam perjalanan (ktn-kl) sampai 8 jam perjalanan.. aduihh seksa rasa masa tu,, sikit2 berhenti air radiotor kering dan tersumbat kot... Tapi alhamdulillah sampai juga dan dapat lapor diri kebesokkannya di JPA. Dan lebih seronok aku dapat balik negeri sendiri dekat ngan suami aku.. heheheiii.. Tapi sehingga sekarang aku masih ingat kejadian nie..
Aku berharap aku akan jadi kakitangan awam yang baik,dedikasi ,cemerlang dan maju dalam perkhidmatan dan berkhidmat untuk negara yang aku cintai.. Lagi satu, aku ingin ucapkan terima kasih kepada juri temuduga pada Disember Tahun 2003 di JPA, Wisma Sri Pahang kerana memberi kepercayaan dan memilih aku untuk berkhidmat untuk negara.. Insyallah jasamu ku kenang walaupun aku tidak tahu nama juri tersebut...
Ulasan
Catat Ulasan