Catatan

Resipi Nasi goreng Simple

Assalamualaikum semua... Hari ini kita tidak sempat hendak menulis apa yang patut. Dari pagi sampai tengahari sibuk membuat kerja yang berkaitan. Hari ini kita hendak cerita pasal menu bekal kita bawa ke opis (Opsss tapi kita lupa nak snap gambar untuk tatapan semua)... Lain kali kita snap yeaa.. Menu kita hari ini Nasi goreng simple... nasi ni kegemaran suami kita.. So kita share resipi k. Resipi dia: 1 pot Beras dimasak dulu.. (Bila dah masak bagi sejuk dulu yea) 4 Ulas bawang kecil* 1 Ulas bawang putih* Tanda * sila tumbuk dengan batu lesung yeaaa.. Minyak masak 1 Sudu sos tiram Sedikit garam ikut cukup rasa.. 1.Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk tadi  2.Nampak mcm kuning masuk kan sos tiram 3. Masuk kan garam 4. Pastu nasi. 5.Goreng n gaul sampai rata.. 6. Tutup api n siap.. Kalau makan dengan sup panas dan ayam goreng special.. memamng sedap.. Lain kali kita bagi resipi ayam goreng pulak yeaa..

luahan hati

Ini bukan cerita yang bagus untuk dibaca. Tapi aku tidak tahu ada tidak yang sama nasib dengan aku. Aku hanya aku yang faham. Mungkin boleh cakap apa pun pada aku. Aku tidak kisah. Aku ini memang tidak pandai. Andai aku pandai mungkin aku tidak macam ini. Dia... orang yang aku sayang. Aku mungkin banyak kesilapan dan memang naif. Tapi aku cuba berusaha untuk mengembirakan dia walaupun aku dituduh macam-macam. Pikirlah zaman sekarang RM50 tidak ada nilai wahai dia. RM1000 sebulan tidak cukup untuk tampung kita. Aku usaha untuk buat macam-macam. Tidak kisah dituduh penipu, pembazir, pentingkan diri sendiri apa lagi aku tidak kisah. Aku cuba sorok sebab aku tidak mahu dia sedih. Tapi kesilapan aku, aku selalu mengiya jee apa yang si dia nak atau fikir. Aku masih ada ibu dan ayah, bila masalah jea tuduh aku back up keluarga aku.. sedangkan ibu aku tanya jarang balik rumah ibu , aku tidak mampu berkata apa-apa.. Hanya balik sebelah keluarga dia sahaja. Kalau kau orang boleh bantu ...

Zaman nakal-nakal

Assalamualaikum wbht dan selamat petang.. Lama betul aku tidak membuat sebarang catatan dalam blog aku ni. Sebenarnya aku tidak ada masa untuk mencurahkan idea catatan dalam blog aku yang suam-suam kuku ni. Aku cuma nak cerita berkaitan dengan kehidupan kali ini. Pernah tidak, kamu semua jumpa dengan kawan-kawan zaman tadika ker, zaman sekolah ker, zaman universiti atau kolej,.Mustahil tidak pernah kan. Aku selalu rindukan zaman tersebut. Mungkin nakal-nakal sikit zaman tu.. Macam-macam pengalaman dan kisah hidup aku masa tuee.. heheheheiii... Kalau aku coretkan kat sini mahu berhari-hari tak habiskan. Aku ni, anak sulung.. masa kecil-kecil dulu cita-cita aku nak jadi polis. Mungkin sebab aku ni ganas dan rasa jiwa kental kot. Tue yang beria-ria nak jadi polis padahal sekarang bila besar dah jadi lain.. hahaha..  Aku paling yang aku ingat dalam bab adik-beradik, aku buat tangan adik aku dengan parang.. Bukan disengajakan mungkin masa nak belah kelapa tu, adik aku hulur tangan...

BAGAIMANA NAK DAPAT PENDAPAT DALAM INTERNET...

Apa khabar semua hari ini? Apap kata, jom kita tambah pendapatan kita melalui internet. Saya pun masih mencari-cari lagi.. Siapa-siapa ada pendapat ker atau pandangan jomlah kongsi bersama ye... Setakat ni saya baru join satu program... http://csstatic.com/banners/clixsense468x60a.gif ... so jom sertai clixsence untuk tambah pendapatan... tidak salah kita mencuba kan... Klick pada alamat diatas ini... Selamat mencuba yea kawan-kawan...

Pusat Penyelidikkan Santuary Penyu Cherating, Pahang

Imej
Hari ini tiada apa sangat cerita yang hendak dikongsikan. Cuma hendak kongsi gambar berkaitan dengan  Pusat penyelidikkan Penyu Di Cherating, Pahang.  Kalau rasa hendak menjenguk penyu-penyu tuee waktu dating pukul 08.30pagi - 04.30 petang. Bab bayaran pula ikut ke ikhlasan kita ( macam nak pergi berubat pulak ).. Duit masuk dalam tabung besar depan kaunter..  Bos aku cakap kalau hendak merasa lepas penyu ke laut kena buat temujanji dulu dan dikenakan bayaran dalam RM60.00 ( kalau silap maaf yeaa )... mana tahu dah turun harga keee... heheheiii... Oklah jumpa lagi... Anak-anak penyu sebelum dilepaskan ke Pantai Cherating

RAMADHAN 2015

Alhamdulillah... Bersyukur kehadrat Ilahi sebab dapat bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Bila sebut pasal bulan Ramadhan pasti kita sebagai umat islam akan berusaha menambahkan segala amalan. Ini kerana bulan Ramadhan segala pahala akan digandakan... Segala amalan kebaikkan akan diberi pahala berganda.. Jika bulan biasa buat satu pahala dapat satu tapi dalam bulan Ramadhan ia akan berganda... Jadi jangan lah kita melepaskan peluang keemasan yang diberikan kepada kita sebagai hamba Nya yang datang hanya setahun sekali  iaitu Bulan RAMADHAN. Saya mempunyai pengalaman sendiri berkaitan dengan Ramadhan. Bila telah dewasa dan bergaul dengan ramai kenalan dapatlah kita berkongsi ilmu. Cuma kita sebagai hamba Allah hendaklah memaafkan orang walau macam mana orang memperlakukan kita. Dulu saya pernah tidak akan memaafkan seseorang manusia ini.. Disebabkan saya berniat begitu hidup saya selalu tidak tenteram dan timbul perasaan dendam dan menjadikan saya seorang "pemarah". A...

Ragam Manusia

Salam semua... Sudah lama rasanya tidak mencoret apa-apa cerita dalam blog ini. Hampir terlupa rasanya, yang aku mempunyai blog sendiri.. Apa yer aku hendak ceritakan kali ini.... ermmm rasanya apa kata aku cerita pasal manusia sekeliling aku.. Aku ini bukanlah pegawai besar ataupun ahli politik. Mungkin cara kita berbeza tapi bila kita lihat dan amati semua nya sama yang beza keadaaan dan waktu sahaja... Contoh yang paling dekat dan mudah adalah dipejabat aku.Macam-macam gelagat, sikap, perangai dan rupa dapat dilihat dan ditonton. Pejabat yang tidak sampai 25 kakitangan, tapi mengalahkan 250 kakitangan.. Kalau jumpa ada saja berbalah pendapat. Kalau ketua kena lah tegas. Jangan depan lain , belakang lain. Yang jenis menyibuk hal orang pun ramai. Yang paling aku tidak suka yang suka sangat buat-buat cerita.. Apa ingat bagus ke memecahbbelah orang yer.. Tak tahulah kalau dia seronok sangat. Masing-masing ada karakter sendiri jadi cuba lah berfikir sebaik-baiknya yer.. Aku pun manusia ...