RAMADHAN 2015

Alhamdulillah...

Bersyukur kehadrat Ilahi sebab dapat bertemu lagi Ramadhan pada tahun ini. Bila sebut pasal bulan Ramadhan pasti kita sebagai umat islam akan berusaha menambahkan segala amalan. Ini kerana bulan Ramadhan segala pahala akan digandakan... Segala amalan kebaikkan akan diberi pahala berganda.. Jika bulan biasa buat satu pahala dapat satu tapi dalam bulan Ramadhan ia akan berganda... Jadi jangan lah kita melepaskan peluang keemasan yang diberikan kepada kita sebagai hamba Nya yang datang hanya setahun sekali  iaitu Bulan RAMADHAN.

Saya mempunyai pengalaman sendiri berkaitan dengan Ramadhan. Bila telah dewasa dan bergaul dengan ramai kenalan dapatlah kita berkongsi ilmu. Cuma kita sebagai hamba Allah hendaklah memaafkan orang walau macam mana orang memperlakukan kita. Dulu saya pernah tidak akan memaafkan seseorang manusia ini.. Disebabkan saya berniat begitu hidup saya selalu tidak tenteram dan timbul perasaan dendam dan menjadikan saya seorang "pemarah". Alhamdulillah saya masih diberikan hidayah sewaktu Ramadhan menjelang dan terlintas dalam hati saya untuk memaafkan dia dan sesiapa sahaja yang mengata atau mengumpat saya..Dengan sentiasa saya berkata begitu alhamdulillah  hidup saya rasa lebih tenang dan amarah saya pun dan berkurangan. Saya cuba untuk perbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada. Saya tahu manusia tidak ada yang sempurna.
Cuma saya berharap sangat dengan manusia disekeliling saya untuk tidak bermegah jika mempunyai ilmu lebih tinggi dan kemewahan. Kerana  rezeki atau dugaan semuanya datang dan ditentukan oleh Allah swt bukannya manusia.

Maaf jika ayat saya salah dan jika salah tolonglah perbetulkan saya. Ini kerana saya bukan seorang Ustazah atau Ilmuan, saya hanya manusia yang berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam.. Saya hanya hamba Allah yang lemah dan banyak dosanya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cinta Sempurna

KELADI TIKUS - PENGUBAT KANSER

CHERATING