Ragam Manusia
Salam semua... Sudah lama rasanya tidak mencoret apa-apa cerita dalam blog ini. Hampir terlupa rasanya, yang aku mempunyai blog sendiri.. Apa yer aku hendak ceritakan kali ini.... ermmm rasanya apa kata aku cerita pasal manusia sekeliling aku.. Aku ini bukanlah pegawai besar ataupun ahli politik. Mungkin cara kita berbeza tapi bila kita lihat dan amati semua nya sama yang beza keadaaan dan waktu sahaja... Contoh yang paling dekat dan mudah adalah dipejabat aku.Macam-macam gelagat, sikap, perangai dan rupa dapat dilihat dan ditonton. Pejabat yang tidak sampai 25 kakitangan, tapi mengalahkan 250 kakitangan.. Kalau jumpa ada saja berbalah pendapat. Kalau ketua kena lah tegas. Jangan depan lain , belakang lain. Yang jenis menyibuk hal orang pun ramai. Yang paling aku tidak suka yang suka sangat buat-buat cerita.. Apa ingat bagus ke memecahbbelah orang yer.. Tak tahulah kalau dia seronok sangat. Masing-masing ada karakter sendiri jadi cuba lah berfikir sebaik-baiknya yer.. Aku pun manusia yang penuh dengan kesilapan dan kelemahan... Bagi aku, walau pun kita berbeza segi rupa, sifat, jawatan dan lain-lain lagi,yang pasti satu hari kita pasti akan Meninggal Dunia @ Mati jua.Hanya amalan kebaikkan kita yang dapat membantu kita nanti.Tiada yang kekal melainkan Allah swt.. Jadi marilah kita bersama-sama berazam atau mengubah diri kita ke arah yang lebih baik dan jadilah manusia yang berguna untuk orang disekeliling kita.. amin..
Ulasan
Catat Ulasan