Pengalaman Memandu....
Hari ini saya nak berkongsi pengalaman sewaktu memandu kereta..
Susah sangat ker nak bagi lampu isyarat kalau hendak kekiri atau kanan??
Kena bayar ker kalau beri lampu isyarat untuk kekiri atau kanan????
Atau memang tahu bawa kereta tak tahu nak beri signal????
Geramnya kalau pemandu tidak memberi lampu isyarat.. tahu-tahu jer terus belok kiri atau kanan. Yang gelabah atau brek mengejut adalah pemandu kereta yang dibelakang.. Kalau sempat brek mujurlah tak langgar belakang kereta tak apa lah.. Cuba bayang kalau ada kereta belakang yang laju kereta depan terus belok kiri tanpa bagi singal, tak ker brek mengejut kereta belakang.. silap haribulan boleh kemalangan dan nak jadi malang lagi kalau ada lagi kereta dibelakang.. Kalau yang salah dimata polis, yang belakang sekali lah (sebab mmg undang-undang dia macam tu) pasti kena saman.. Yang teranayia sekali yang tengah sebab depan belakang kena langgar.. Padahal yang salah adalah kereta depan sekali tidak beri signal..
Jadi kepada pemandu kereta ingatlah TOLONG beri signal untuk kekiri atau kekanan. Jadi tak lah menyusah orang lain kan???
undang2 kna ubah sikit..dlm keadaan yg tdk dsgka sapa nk jgka kereta dpn akan brek mngejut
BalasPadam