Aku cintakan Malaysia...

Hari ini tajuk berita adalah berkaitan dengan "PERHIMPUNAN HARAM @ BERSIH"... Perasan geram  dan marah timbul dalam jiwa ini.. Yer lah Malaysia kan dah aman berbanding dengan negara lain.. Rakyat nak apa lagi?? Bagi aku kau orang nak pangkah parti apa pun aku tak kisah.. Lantak kau orang ler yer.. Yang aku kisah kalau dah menyusahkan orang lain..Semua aktiviti terpaksa ditunda disebabkan kau orang punya perhimpunan. Malaysia ada undang-undang ler dan aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada Polis, FRU dan pasukan keselamatan negara kerana sanggup berkorban dan menjaga keamanan Malaysia..

Yang aku geram, diorang nie tak fikir ker masa depan mereka dan negara?? Kalau yang terlibat tu student "U" macam mana? Emak ayah hantar suruh belajor bukan pergi buat reformasi kat jalan raya..Lepas tu, kalau dah buat macam gitu, apa pandangan negara luar dan pelabur??Nanti diorang takut nak melabur dinegara kita pulak.. Nanti siapa yang susah kita juga kan?? Lepas tu kalau berlaku perang atau rusuhan, orang-orang berduit sah-sah boleh tinggalkan negara ini.. Kita yang tak berduit nie macam mana tak ker melopong nama nya.. Cubalah kau orang fikir sikit,, sekolah jer tinggi-tinggi... 

Bagi aku, Malaysia dah cukup semuanya.. Pemimpin berjiwa rakyat, negara aman.. Asal aku boleh jumpa emak dan ayah aku, aku boleh lepak kat shopping kompleks, boleh pergi kerja, ke kuliah, beribadat tanpa ada rusuhan dan  gangguan bom atau bunyi letupan aku dah terlalu amat bersyukur... Apa lagi yang kau orang nak yer?? Bagi kekawan aku yang kekadang kita bertekak  pasal parti nie, aku minta maaf.. Aku dah cakap aku cuma mahu keamanan Malaysia terpelihara. Kalau sebab tak naik gaji, tak dapat bonus ker dan barang makan naik kau orang dah cepat melatah .. Ada tu, yang aku perhati, kerajaan sentiasa beri apa jua tuntutan dan elaun kat golongan tersebut tetapi selalu gak nak jadi anti kerajaan kenapa?? Kami yang gaji gred rendah nie, gaji sikit jer tak bising macam diorang...Nie bila kerajaan tak bagi apa yang dituntut dah fikir nak jadi anti kerajaan.. Kenapa??

Aku tak mahu "kemerdekaan" kita hari ini diragut dan tolonglah fikir kesusahan orang dulu-dulu dalam mencari sebuah kemerdekaan untuk kita sekarang.. Sepatutnya kita terus mewarisi dan bersatu dalam perpaduan untuk jadi sebuah negara yang aman seperti yang selalu PM kita laungkan 1 Malaysia... Aku hanya meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku... Jadi jangan salahkan aku kerana aku juga ada hak sebagai rakyat malaysia....

Ulasan

  1. Tulah dia, kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Memang manusia tak pernah puas dengan apa yang mereka ada tapi fikirlah... Apakah betul cara ini akan menyebabkan negara aman, ekonomi semakin kukuh? Janganlah merosakan keamanan dan kestabilan ekonomi kini. Kadang kala tak faham apa yang mereka nak lagi. Namun, walau apapun, manusia tak semua sama. Rambut pun tak sama hitam, hati pun tak sama suci

    BalasPadam
  2. betul tu.. Kalau ikut perasan mati.. cuma kita yg ada masa kini kena terus menjaga "kemerdekaan" bukannya mewujudkan peperangan... entah lah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KELADI TIKUS - PENGUBAT KANSER

Cinta Sempurna

Kenangan Terindah Di JANM Pahang..