Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

KD Mahawangsa

Imej
Aku.... Erm pasti ramai yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang tentera atau pun polis sewaktu kecil dulu.. Aku pun tidak terlepas daripada cita-cita itu.. Niat aku untuk menjadi pasukan uniform untuk menjaga keselamatan negara... Lepas SPM memang aku amat berminat untuk menjadi polis atau tentera sehingga emak aku bising.. Hehheheii namun itu hanya cita-cita yang tidak kesampaian.. Namun apabila telah melangkah kealam pekerjaan aku berpeluang melawat kapal KD Mahawangsa.. Aku amat berminat terus setuju untuk menjadi wakil jabatan.. Heheheii apalagi aku pun tidak melepaskan peluang sehingga malam sebelum lawatan tersebut aku telah bersiap sedia dan pastikan kamera kesayangan ku berfungsi.. Jadi aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan ku kenangan manis aku sewaktu dapat melawat kapal tersebut... Jangan jelous yerr... heheheiiii Dapur kapal ... Ambil gambar benda nie sebab nampak menarik giler...

Anniversary in Government

Masa bagi aku sekarang makin singkat dan cepat. Manakan tidak macam baru sahaja jejak kaki Tahun 2012 sekarang dah masuk bulan Mac dan  tinggal tidak sampai 10 hari lagi  datanglah pulak bulan April 2012. Ermmm.. Aku baru sahaja selesai exam semester semalam... Merdeka sekejap rasanya. Rehat sebulan ler nampaknya hehehheheii..  Tapi kerja di pejabat masih tidak merdeka lagi. heheheiii... Tiba-tiba mata ini  toleh ketepi, aku nampak  kalendar, tidak ku sangka esok genaplah aku lapan (8) tahun bekerja dengan kerajaan.. Dalam tempoh tu, baru dua jabatan aku pergi.. Dua jabatan yang berbeza daripada segi tugas, peranan dan tanggungjawab.. Jabatan baru nie (PTJ) lebih mencabar dan banyak pengalaman yang dapat aku lalui.. Jabatan lama (AO) lebih kepada ilmu dan pengetahuan tapi dipejabat baru dari segi teknikal kita buat semua. Ini bermakna kita kena tahu semuanya dalam kewangan kalau sebelum nie kita hanya pandai berkata-kata sahaja zahirnya tidak buat. Maklum ...

CHERATING

Imej
CHERATING??? Aku  selalu dengar kalau orang luar daripada Kuantan akan selalu bercuti disitu.. Memang aku tidak nafikan sebab bila cuti sekolah ker cuti umum ker atau cuti hujung minggu ker pasti ramai yang berkunjung kesini.. Aku selalu tertanya apa yang istimewanya Cherating ini? Sebab aku yang tinggal didalam daerah Kuantan pun jarang menjenguk atau berisytirehat disitu (Orang sendiri payah hendak melawat tempat sendiri heheheiiii).. Namun semua tu, berubah apabila keluarga mertuaku berpindah ke tempat berhampiran dengan Cherating iaitu Sungai Ular Kuantan, Pahang.  Bermulalah episod dalam hidup kitaorang semua.. Apabila cuti hujung minggu suami telah ajak pergi ke Cherating. Rupa-rupanya macam-macam aktiviti ada dan yang best tu banyak jual cenderamata @ cenderahati sebagai kenang-kenangan... Aku lihat banyak chalet dan hotel ada disitu.. Macam-macam design chalet dan hotel. Tak lupa juga ada pusat untuk sewa papan luncur dan basikal..  Suasan disitu yang amat m...

WELCOME 2012

Salam..  Mungkin belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru untuk semua. Agak terlalu lama aku tidak membuka blog dan mengemaskini.. Insyallah aku akan cuba untuk sentiasa meng "update" kan blog aku dengan pelbagai info dan cerita berkaitan ok... Harapan untuk tahun ini, aku berharap untuk menjadi seorang hamba Allah swt, isteri, anak, menantu, pekerja, pelajar, rakan dan kakak yang lebih baik dari tahun lepas.. Ermm mungkin tahun lepas ada yang tidak dapat aku sempurnakan, mungkin juga sikap aku yang tidak berubah kearah kebaikkan, mungkin juga ada yang terasa atau bengang dengan perbuatan aku... Dengan rendah diri aku memohon berjuta kemaafan daripada kamu semua....