Kisah Persaudaraan 1

Kisah yang aku paparkan ini, boleh lah dijadikan pengajaran dan tauladan bagi kita sesama manusia. Aku pun tak pasti adakah aku memburukkan atau mengata sahaja dalam blog aku ini. Tapi apa aku kisah,, lantak lah orang nak cakap apa..

Aku masih rasa macam pelik jer, ada ker saudara sendiri ingin jatuhkan saudara sendiri (adik-beradik). Yang aku geram apabila dengar cerita ini dari kawan aku. Kawan aku cerita makcik dia, makcik kiah (bukan nama sebenar), selalu berasa yang keluarganya paling bagus lah.. Kawan aku tu,tidak kisah langsung, janji tidak kacau atau ganggu family kawan aku kira dah cukup bagus ler..

Tapi manusia tetap manusia, entah apa yang diracuni oleh makcik kiah tu, sampai adik-beradik yang lain pulaukan emak kawan aku tadi. Yang aku tahu makcik kiah tu , memang perangai macam tu..kira tak serik-serik ler.. Tak boleh orang lain lebih dari keluarga dia lepas tu, jaja cerita kat kampung hal orang.. Orang macam ni, kalau aku jadi anak saudara dia, lama dah aku tak ngaku mak sedara..Asyik nak bergaduh dalam keluarga ajer.. Yang aku pelik tu, orang yang macam makcikkiah tu ramai pulak yang dengar cakap dia padahal dah banyak kali terkena dah... So cuba lah kau orang fikir, sanggup ada mak sedara cam makcik kiah ni?????

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KELADI TIKUS - PENGUBAT KANSER

Cinta Sempurna

Kenangan Terindah Di JANM Pahang..