Resipi Nasi Hujan Panas Aunty Zaza
Hari ini saya bercadang untuk berkongsi resipi masakan nasi hujan panas saya yang simple dan mudah untuk disediakan.. Nasi hujan panas boleh dimakan dengan gulai ayam atau ayam masak merah.. Jadi apa yang tercatat dibawah ini adalah berdasarkan pengalaman saya memasak nasi hujan panas.
Bahan-Bahan:
3 cawan beras basmathi (beras lain pun boleh)
2 sudu mentega / Planta
10 ulas bawang kecil (bahan A)
1/2 inci halia (bahan A)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar (dihiris)
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 cawan air
sedikit susu cair
2 helai daun pandan
1 sudu pewarna hijau
1 sudu pewarna merah
sedikit garam
Cara memasak:
1. Beras hendak lah dibasuhkan dan ditoskan
2. Panas periuk dan masukkan planta, bahan A (yang dikisar tadi), kayu
manis, bunga lawang bunga cengkih, bawang besar dan putih, garam dan daun pandan. tumis sehingga naik bau..
3. Masukkan beras. biarkan seketika
4. Masukkan air sebanyak 3 cawan dan sedikit susu cair.
5 Setelah mendidih, boleh lah diletakkan dalam periuk nasi elektrik.
6 Setelah masak,titis kan pewarna hijau dan merah.
7 Biar 5 minit, selepas itu bolehlah digemburkan nasi tersebut
(Jika suka taburkan kacang pis atau kismis utk lebih menarik )
Oklah selamat mencuba resipi saya ini yer...

Ulasan
Catat Ulasan