Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Kenangan Ramadhan.... Episode Satu...

Ramadhan bulan seribu rahmat untuk umat islam.. Sekarang aku telah dewasa.. Tetiba sajer aku teringat akan peristiwa dan telatah sewaktu bulan Puasa ketika aku masih lagi bergelar seorang kanak-kanak & remaja.. Masih lagi aku teringat akan mana bila bulan puasa tiba, Ayah akan memberi duit raya bergantung kepada berapa hari aku berpuasa.. Adik aku pun sama.. Kalau ingat memang kelakar sebab masa tu bulan lah puasa sepenuhnya.. Bila cuaca panas, aku dan adik aku asyik masuk bilik air mandi.. Mandi bukan "shower" tu.. tapi berendam dalam "kolah" air.. Habis ler kita orang masuk dalam tu.. Kalau bising takut lak Emak dengar, nanti kena marah... Tapi pernah terkantoi dengan Emak sebab adik aku menjerit sebab arwah nenek aku letak ikan dalam "kolah" tu.. Pastu kena marah ler kitaorang.. Sebenarnya sambil berendam sambil minum air.. 2 dalam satu.. Nakal betul masa kecik.. Kalau aku atau adik aku tidak puasa, bila time berbuka confirm kitaorang kena duduk k...

Aku cintakan Malaysia...

Hari ini tajuk berita adalah berkaitan dengan "PERHIMPUNAN HARAM @ BERSIH"... Perasan geram  dan marah timbul dalam jiwa ini.. Yer lah Malaysia kan dah aman berbanding dengan negara lain.. Rakyat nak apa lagi?? Bagi aku kau orang nak pangkah parti apa pun aku tak kisah.. Lantak kau orang ler yer.. Yang aku kisah kalau dah menyusahkan orang lain..Semua aktiviti terpaksa ditunda disebabkan kau orang punya perhimpunan. Malaysia ada undang-undang ler dan aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada Polis, FRU dan pasukan keselamatan negara kerana sanggup berkorban dan menjaga keamanan Malaysia.. Yang aku geram, diorang nie tak fikir ker masa depan mereka dan negara?? Kalau yang terlibat tu student "U" macam mana? Emak ayah hantar suruh belajor bukan pergi buat reformasi kat jalan raya..Lepas tu, kalau dah buat macam gitu, apa pandangan negara luar dan pelabur??Nanti diorang takut nak melabur dinegara kita pulak.. Nanti siapa yang susah kita juga kan?? Lepas tu kalau berlak...

Klinik + Doktor + Ubat

Hari ini, aku tidak hadir ke pejabat kerana aku tidak sihat. Sebenarnya dari hari isnin lagi aku macam demam, tekak sakit dan selsema.. Entah aku pun tidak faham dengn kesihatan aku.. Jadi aku tidak tahan, hari ini aku pergi klinik tunggu klinik pula buka pukul 10.30pagi.. Biasa pukul 9.00 pagi dah buka hari ini katanya doktor sepatutnya "MC"... Doktor tu kena sakit mata da.... Kesian Doktor tu.. Pukul 11.00 pagi baru aku dapat jumpa doktor. Doktor tu tanya sakit apa? Aku jawab ler demam.. Dia pun check aku punya tekanan darah, nadi dan perut... Doktor cakap aku ada sintom orang pregnant .. So dia suruh aku pergi test air kencing.. Namun menghampakan ler... negatif.. Aku sedih juga bila doktor cakap macam tu sebab dah 8 tahun kahwin belum ada cahayamata.. Tapi Doktor tu cakap, dari segi fizikal macam pregnant.Doktor cakap mungkin test pregnant tak dapat kesan kot.. Bila doktor cakap macam tu, aku teringat lak kat kawan aku,yang mana dia buat test pregnant tapi negatif sedar-s...

Balik kampung...

Salam semua... Lama sungguh tiada catatan di blog aku ini.. Aku sekarang susah sikit untuk mencatat dalam blog kerana tinggal di rumah emak mertua.. So disana tiada line streamyx.. Kalau pakai broadband lembap lak... Almaklum line tak berapa clear... Ni bila balik rumah baru boleh buka... heheheiiie Minggu ni, sibuk sikit sebab semalam balik Pekan.. Almaklum ler sepupu kahwin.. Punya excited nak makan masakan opor daging tapi kecewa... tiada ler...Mungkin menu kali ni tak disediakan opor.. Anywhere, lauk memang sedap walaupun tiada opor.. Bila bawa emak kena ler singgah rumah pakcik saudara.. Pakcik aku ni, duduk rumah arwah tok & tok ki aku, so bila singgah rumah pakcik rasa teringat masa mereka berdua( arwah tok & tokki)  ada.. Kenangan masa kecil-kecil dulu... Yang aku masih ingat sampai sekarang adalah kisah buah mempelam epal.. Rumah arwah tokki aku ni banyak pokok mempelam.. dalam byk2 pokok mempelam yg paling tokki aku sayang adalah mempelam epal.. dah ler pokoknye...

Geram Nyer..

Kisah ini, ingin saya kongsikan bersama dengan pembaca blog saya. Mungkin saya pun ada kesalahannya, mungkin pihak sana pun ada juga kesilapannya.. Tapi saya tidak kisah sebab bagi saya kalau kita tidak cari pasal kenapa hendak sibuk dengan kehidupan dia.. Kisah ini berlaku kira-kira 2 tahun dulu.. Waktu kejadian itu, adik ipar saya akan berkahwin. sehingga kehari ini masih segar dengan apa yang berlaku sebenarnya.. Saya memang kesiankan keluarga mentua saya waktu itu.. Kenapa ada adik-beradik (mentua saya) yang ada tahap PHD yang dasyat dan menghasut orang yer... Entah mungkin manusia..Manusia kan tidak sempurna.. So no komen lah.. Hari perkahwinan adik ipar saya penuh dengan kesedihan.. Sampai ada yang pangkat ibu saudara tidak mahu balik... Saya tidak kisah.. Kenapa hendak cemburu kehidupan orang lain.. Sungguh tidak  faham... Ada ker patut waktu majlis tersebut, punya tidak mahu anak saudara lain tolong rela panggil pergi rumah dia menonton video dan tidak bagi tolong.. Apa pun...

Kenangan Terindah Di JANM Pahang..

Tiba-tiba sahaja, aku terasa amat rindu dengan jabatan lama aku iaitu Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang (JANM Pahang).. Biar aku catitkan pengalaman aku di sana untuk tatapan semua.. Pada 24.03.2004 aku telah pun melapor diri di JPA Putrajaya dan keesokkan harinya aku akan melapor diri pula di JANM Pahang pada masa itu di tingkat 10,Wisma Persekutuan Kuantan,Pahang.. Aku amat bersyukur kerana ditempatkan di daerah aku dilahirkan & dibesarkan.. Suami aku pun tidaklah pening kepala memikirkan aku kalau ditempatkan di Putrajaya... Pada 25.03.2004 aku pun melaporkan diri di JANM Pahang pada masa itu cc admin ialah Puan Siti Ragayah( Sekarang dah jadi EO).. Masa mula-mula datang, aku tengok jabatan ni macam sardin sbb padat (Kira-kira 60 orang staff).. bayangkan JANM Pahang hanya sebelah jer sebelah sana pulak SPRM.. Aku pun dibawa masuk berjumpa dengan Pengarah JANM Pahang (Dato Zamimi Awang), yang aku ingat pengarah pun baru jer ditukarkan kat situ pada 1.03.2004.. Lepa...

Jennifer Lopez....

Imej
** Rentak lagu ni macam best jer.. Ingat lak masa mudo2 dulu... hehehiiiei

Pengalaman Memandu....

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman sewaktu memandu  kereta.. Susah sangat ker nak bagi lampu isyarat kalau hendak kekiri atau kanan?? Kena bayar ker kalau beri lampu isyarat untuk kekiri atau kanan???? Atau memang tahu bawa kereta tak tahu nak beri signal???? Geramnya kalau pemandu tidak memberi lampu isyarat.. tahu-tahu jer terus belok kiri atau kanan. Yang gelabah atau brek mengejut adalah pemandu kereta yang dibelakang.. Kalau sempat brek mujurlah  tak langgar belakang kereta tak apa lah.. Cuba bayang kalau ada kereta belakang yang laju kereta depan terus belok kiri tanpa bagi singal, tak ker brek mengejut kereta belakang.. silap haribulan boleh kemalangan dan nak jadi malang lagi kalau ada lagi kereta dibelakang.. Kalau yang salah dimata polis, yang belakang sekali lah (sebab mmg undang-undang dia macam tu) pasti kena saman.. Yang teranayia sekali yang tengah sebab depan belakang kena langgar.. Padahal yang salah adalah kereta depan sekali tidak beri signal...

Kehidupan ku...

Imej
Lama sungguh aku tidak mencatat apa-apa didalam blog aku ini, sungguh rindu rasanya.  Sekarang ini, aku sudah jarang keluar atau istilah lain berjalan-jalan & melepak dengan suami ku di Mall..  Mungkin sebab umur sudah meningkat kot... hehehehii .. baru masuk angka 30-an.. Lagi pun sejak kehadiran anak saudara kami yang comel dan manja "Nur Qhasif Sofea" , kitaorang dah jarang keluar pergi melepak atau buang masa kat luar jer.. Jadi ini lah gambar anak saudara kesayangan kami berdua... Umi & Daddy sayang sofea.... muahhhh Sofea yang manja dengan daddy nyer.. heheiii ** Nur Qhasif Sofea a.k.a Cimoi

Cinta Sempurna

Imej
Hari ini aku amat tertekan.. Hari ini macam-macam berlaku dalam hidup aku.. Bila aku dengar lagu yang penuh makna ini buat aku "cool" dan syahdu pulak.. Cubalah hayati lirik lagu Cinta Sempurna dari YUNA.. Mungkin kamu semua akan faham... Aku manusia lemah Selalu Terjatuh Berbeda aku dari Mu Kau berdiri teguh Aku serba tiada Aku kekurangan Dan bila Kau tiba Aku hilang dari kewujudan c/o Sempurnanya sifatmu Tulusnya hatimu Jujurnya niatmu Tingginya kesabaranmu Lepaskanlah diriku Kerna aku tak mampu Tuk menanggung Sebuah cinta sempurna Darimu Darimu ooohhhh...  Bukan aku tak pernah Mengerti dirimu Kusanjung setiap kata Cinta kau berikan aku Hilangkan rasa itu Akhirkan semua Dan bila kau sedar Aku hilang dari kewujudan ... oooo (ulang c/o) Jadi cubalah fahami maksud lirik ini yer... Hidup YUNA!!!...

Mengapa Haid Tidak Datang

Haid adalah sinonim dengan wanita. Apabila seseorang wanita tidak didatangi haid, mereka akan mula berasa gembira dan ada juga yang bermuram.. Jika haid anda tidak datang mungkin bukan disebabkan anda mengandung, disini saya akan berkongsi pengetahuan saya kepada anda semua :- a). Masalah tiriod   :  Rasa berdebar , panas dan mengalami penurunan berat badan. b). Gemuk              : Mungkin disebabkan kegemukkan yang melanda diri anda menyebabkan hormon                                  didalam badan tidak seimbang.(masalah yang dialami oleh saya sekarang) c). Tekanan          : Tekanan fizikal dan mental boleh juga mempengaruhi hormon badan. Adik saya cakap          ...

Resipi Nasi Hujan Panas Aunty Zaza

Hari ini saya bercadang untuk berkongsi resipi masakan nasi hujan panas saya yang simple dan mudah untuk disediakan.. Nasi hujan panas boleh dimakan dengan gulai ayam atau ayam masak merah.. Jadi apa yang tercatat dibawah ini adalah berdasarkan pengalaman saya memasak nasi hujan panas. Bahan-Bahan: 3 cawan beras basmathi (beras lain pun boleh) 2 sudu mentega / Planta 10 ulas bawang kecil (bahan A) 1/2 inci halia (bahan A) 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar (dihiris) 1 btg kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih 3 cawan air sedikit susu cair 2 helai daun pandan 1 sudu pewarna hijau 1 sudu pewarna merah sedikit garam Cara memasak: 1. Beras hendak lah dibasuhkan dan ditoskan 2. Panas periuk dan masukkan planta, bahan A (yang dikisar tadi), kayu     manis, bunga lawang  bunga cengkih, bawang besar dan putih, garam   dan daun pandan. tumis sehingga naik bau.. 3. Masukkan beras. biarkan seketika 4. Ma...

Are you looking for some exquisite that will impress your other half? Well, you've come to the right place. @Jipaban can surprise you with a lot of goodies in their online shopping mall.

Are you looking for some exquisite that will impress your other half? Well, you've come to the right place. @Jipaban can surprise you with a lot of goodies in their online shopping mall.

The #CelcomEveryone Sale is back! New phones. Great deals. Bigger discounts. Bigger Savings. There’s something for everyone!

The #CelcomEveryone Sale is back! New phones. Great deals. Bigger discounts. Bigger Savings. There’s something for everyone!

KELADI TIKUS - PENGUBAT KANSER

Imej
Keladi tikus ???? Tentu ada yang memikirkan bahawa keladi tikus ini berbentuk tikus. Sebenarnya keladi tikus ini adalah amat kecil dan pokoknya amat sensitif untuk dijaga bagi sayalah. Tujuan saya menceritakan pasal keladi tikus ini adalah untuk dikongsikan bersama -sama dengan pembaca blog saya berkaitan khasiat keladi tikus ini. Al maklumlah keluarga saya ada yang menghidapi penyakit kanser dan ketumbuhan. Saya masih ingat dimana sebelum saya mengenali keladi tikus ini, saya sentiasa mencari sampai kalau terjumpa keladi yang kecil dipasar malam pun beli.. Sebab orang cerita keladi tikus itu kecil... So bila tanya penjual diaorang cakap yer jer padahal bukannya keladi tikus.. Tipah tertipu lah nampaknya.. heheheiiii Hendak dijadikan cerita, saya telah berkenalan dengan seorang kerani sekolah di daerah Pekan, Pahang untuk berubatkan adik saya. Orangnya amat baik dan bersopan santun sekali.. Beliau telah memberikan pokok keladi tikus kepada Ibu mentua saya dan hasilnya pokok ter...

Khasiat Buah Epal

Imej
Epal adalah salah satu buah yang mudah ditemui di berbagai belahan penjuru dunia. Diperkirakan ada kurang lebih tujuh ribu jenis buah epal di seluruh dunia. Meskipun bentuk, ukuran, warna, rasa, serta tekstur masing-masing jenis epal berbeza, namun pada umumnya buah ini berbentuk bulat dengan cekungan pada pangkal pucuknya. Isinya berwarna putih, renyah, berair dengan rasa manis atau masam, dan dilindungi oleh kulit tipis yang biasanya berwarna kilat. Bila dikerat, akan keluar aroma yang harum dan segar, walau ada sebahagian yang beraroma tajam. Satu biji buah epal banyak mengandung kalium, pektin, dan selulosa. Pektin banyak terdapat pada  buah epal dan merupakan salah satu serat yang tidak larut dalam air. Sedangkan selulosa banyak terdapat pada kulit buah epal dan merupakan serat yang larut dalam air. Kalium sendiri banyak terdapat pada buah epal yang berwarna merah. Berikut ini khasiat dan manfaat dari buah epal: Mengurangi risiko stroke . Kalium merupakan mineral yang berfun...

Kisah Persaudaraan 1

Kisah yang aku paparkan ini, boleh lah dijadikan pengajaran dan tauladan bagi kita sesama manusia. Aku pun tak pasti adakah aku memburukkan atau mengata sahaja dalam blog aku ini. Tapi apa aku kisah,, lantak lah orang nak cakap apa.. Aku masih rasa macam pelik jer, ada ker saudara sendiri ingin jatuhkan saudara sendiri ( adik-beradik ). Yang aku geram apabila dengar cerita ini dari kawan aku. Kawan aku cerita makcik dia, makcik kiah ( bukan nama sebenar ), selalu berasa yang keluarganya paling bagus lah.. Kawan aku tu,tidak kisah langsung, janji tidak kacau atau ganggu family kawan aku kira dah cukup bagus ler.. Tapi manusia tetap manusia, entah apa yang diracuni oleh makcik kiah tu, sampai adik-beradik yang lain pulaukan emak kawan aku tadi. Yang aku tahu makcik kiah tu , memang perangai macam tu..kira tak serik-serik ler.. Tak boleh orang lain lebih dari keluarga dia lepas tu, jaja cerita kat kampung hal orang.. Orang macam ni, kalau aku jadi anak saudara dia, lama dah aku ta...

jawatan kosong kerajaan UKM 2011

jawatan kosong kerajaan

jawatan kosong kerajaan

jawatan kosong kerajaan

Blog Aku

Blog, Blog, Blog.......... Aku Tertarik tengok kawan opis aku buat blog.. Aku rasa maca best jer.. So aku cuba buat blog dan hasilnya blog ini yang aku namakan "Aunty Zaza".. Jadi untuk permulaan blog aku ini, aku kena banyak ideal dan juga nak belajar macam mana nak jadikan blog aku ni menarik.. Jadi kalau kau orang nak complain ker, nak kutuk ker .. sila lah komen k.. Nanti aku akan cuba perbaiki lagi blog aku ini.. muahh...

BOSAN HUBUNGAN PERSAUDARAAN??

Persaudaraan apa yang anda faham? Bagi aku, persaudaraan adalah hubungan yang melibatkan pertalian kekeluargaan. Tapi kekadang bagi aku, persaudaraan akan menyebabkan permusuhan dan perbalahan.. Nak- nak lagi kalau bab harta dan duit. Biasanya akan menyebabkan pergaduhan dan lebih teruk dari bergaduh dengan kekawan.. Jadi.. kalau ada masa lagi, aku akan cuba ceritakan apa yang menyebabkan persaudaraan tu kekadang membosankan .. Tapi ada juga Persaudaraan yang ok..